Tugasan 3 (SSI
3013)
Simulasi
UPSI 01 (A131 PJJ)
ZAINAL BIN JAMAL
(D056070)
Simulasi
Bidang pendidikan sentiasa mengalami perubahan dari segi
kaedah dan teknik pengajaran dan juga kurikulumnya bagi menyesuaikan dengan
keadaan semasa dan keperluan semasa. Pada masa kini pengajaran dan pembelajaran
lebih berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi iaitu para murid dilatih
untuk sentiasa berfikir untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid diberikan latihan berkaitan
menyelesaikan masalah dan diminta untuk memberikan pandangan dan cadangan terhadap
penyelesaian yang telah diberikan.
Bagi pihak guru juga perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran bagi menyesuaikan dengan suasana pembelajaran yang
berfokus kepada penyelesaian masalah.
Kaedah dan teknik yang digunakan mestilah menarik dan ‘hands on’. Pada
masa kini murid-murid telah biasa dan lebih berminat dengan penggunaan komputer
dan teknologi maklumat (ICT). Oleh itu guru-guru perlu menggabungkan kurikulum
dengan teknologi maklumat terkini bagi menghasilkan kaedah dan teknik
penyampaian yang terbaik.
Kaedah simulasi boleh digabung jalinkan dengan teknologi
terkini bagi menghasilkan kaedah pengajaran yang baik dan menarik.
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk
menyerupai keadaan sebenar. Dengan kaedah ini, murid-murid melakukan sesuatu
perkara atau mengaplikasikan sesuatu secara menggunakan model atau rekaan
sementara bagi mendapatkan pengetahuan kecekapan dan kemahiran yang diperlukan
untuk digunakan dalam situasi yang sebenar nanti. Bagi membantu mewujudkan
keadaan simulasi, alat seperti komputer diperlukan untuk membolehkan
murid-murid menjalani latihan yang mendalam. Komputer yang dilengkapkan dengan
perisian tertentu dan juga internet dapat mewujudkan pelbagai kaedah simulasi
yang baik dan mampu menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar boleh mencuba sendiri secara maya secara simulasi tentang
sesuatu eksperimen, maklumat dan mengubahsuai pemboleh ubah tertentu bagi
mendapat kan jangkaan-jangkaan sesuatu hipotesis.
Sebagai contohnya pengajaran prinsip akaun akan lebih
menarik apabila murid-murid mengsimulasi kunci kira-kira, penyata untung rugi
dan buku akaun dengan menggunakan program Excel di dalam komputer. Melalui
kaedah ini murid-murid boleh mencuba beberapa kali menghasilkan penyata
kewangan yang seimbang secara berulang-ulang kali. Murid-murid juga telah
didedahkan dengan contoh-contoh akaun perniagaan, syarikat dan sebagainya.
Kaedah simulasi akan memotivasikan murid-murid untuk mencuba
menyelesaikan masalah secara pra pendedahan dan ingin meneruskan latihan secara
berterusan dan menambah pengetahuan yang baharu.
Beberapa perkara perlu dititikberatkan sebelum melaksanakan
simulasi di dalam pembelajaran. Iaitu, prinsip-prinsip simulasi dan prosedur.
Prinsip-prinsip simulasi
·
Satu situasi bermasalah secara bertulis atau
lisan diberikan.
·
Penerangan diberi tentang:
-
Masalah yang hendak diselesaikan
-
Peranan diagihkan sekiranya diperlukan
-
Arahan yang perlu diberikan
-
Tempoh masa sesi simulasi ditetapkan
·
Ketika
simulasi sedang berjalan guru hanya memerhati
·
Selepas
simulasi, murid diminta membentang pandangan dan cara-cara penyelesaian
·
Perbincangan antara guru dan murid diadakan
di peringkat akhir untuk membuat rumusan
Langkah-langkah
menjalankan simulasi
·
Guru
mewujudkan situasi yang bermasalah.
·
Guru memberi
penerangan tentang tujuan, matlamat dan peranan.
·
Murid-murid memainkan peranan dan boleh
mengaplikasikan komputer.
·
Komputer mencukupi dan dalam keadaan baik.
·
Talian
internet yang efisien.
·
Satu
kesimpulan dibuat tentang simulasi yang
dijalankan.
Simulasi menggunakan carta
seperti graf juga dapat membolehkan murid-murid membuat analisa dan rumusan
dengan memanipulasikan data-data yang diberikan bagi membuat analisa tentang
sesuatu topik yang diajari. Penggunaan komputer untuk mengsimulasi topik
pembelajaran misalnya melalui graf membuatkan murid-murid berfikir untuk
menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif. Di samping itu murid-murid
akan belajar secara berpusatkan murid.
Guru pula akan memantau dan
memberikan bantuan sekiranya murid-murid memerlukannya.
Berikut adalah satu contoh
pembelajaran simulasi iaitu tema kepelbagaian benda hidup dalam mata pelajaran sains. Sub topiknya
ialah hubungan di antara mangsa dan pemangsa. Pemangsa di sini ialah kucing
liar dan mangsanya ialah arnab. Di dalam pembelajaran ini simulasi dijalankan
dengan menggunakan graf. Murid –murid memanipulasikan butang pemangsa dan
mangsa bagi menghasilkan pelbagai bentuk graf yang menggambarkan kesan akibat
penambahan dan pengurangan dua pemboleh ubah yang dimanipulasi iaitu bilangan
pemangsa dan mangsa.
Situasi pertama

Berdasarkan graf didapati
bilangan pemangsa dan mangsa tidak bertambah dan tidak berkurang dan
stabil. Oleh itu tiada perubahan yang ketara terhadap bilangan populasi
pemangsa dan mangsa. Oleh rumusan boleh
dikatakan bilangan kedua-dua haiwan tersebut stabil sepanjang tahun.
Bilangan populasi pemangsa berkurang pada awalnya kerana
bilangan mangsa tiada peningkatan pada awalnya. Ini menyebabkan bekalan makanan
berkurangan. Oleh itu pemangsa berkurangan. Apabila pemangsa berkurangan ini
memberi peluang kepada mangsa untuk membiak dan menambah bilangan populasi.
Akibatnya bilangan pemangsa pula bertambah.


Begitu juga dengan situasi keempat didapati kadar penambahan
dan pengurangan yang berlaku kepada pemangsa lebih tinggi berbanding dengan
kadar penambahan dan pengurangan mangsa. Ini boleh dilihat daripada bentuk
puncak graf yang dihasilkan.
Berdasarkan contoh simulasi di atas, murid-murid boleh
memanipulasikan graf dengan menggunakan program STELLA bagi menggambarkan kesan
penambahan dan pengurangan pemangsa dan mangsa.
Oleh itu murid-murid dapat belajar secara ‘hands on’ dan
menggunakan pelbagai deria. Murid juga merasa seronok dan boleh mencuba
beberapa kali untuk melihat corak hasil graf dan membuat analisa serta
memikirkan inferens terhadap pemerhatian graf.
Murid-murid akan cuba menyelesaikan masalah dan berminat
untuk berbincang dengan lebih lanjut bersama-sama rakan dan guru semasa
pembelajaran. Ini akan memberikan suasana yang kondusif di dalam kelas tersebut.
Kesimpulan
Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang bersistematik
serta berturutan dan bertujuan mencapai objektif yang spesifik.Teknik pula
merujuk kepada unit-unit kecil yang
terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik juga merangkumi aktiviti, perlakuan
dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Simulasi merupakan kaedah
yang sesuai bagi menarik perhatian murid-murid untuk belajar dan menganalisa
sesuatu perkara. Murid-murid akan bertambah motivasinya dan mengembangkan
ideanya di dalam mempelajari sesuatu perkara.
Murid-murid akan sentiasa berfikir dan bertindak secara aktif semasa
mencari maklumat dan membentangkan hasil dapatan kepada rakan-rakan dan guru.
Guru pula akan sentiasa kreatif bagi mendapatkan idea-idea baru untuk
menghasilkan kaedah dan bahan bantu mengajar. Beberapa matlamat pendidikan
terkini iaitu pelaksanaan ICT di dalam pembelajaran, pelajaran berpusatkan
murid, memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dapat dijayakan melalui simulasi
menggunakan perisian komputer dan dari
internet.
Hasilnya murid-murid kita dapat bersaing dengan murid-murid
dari negara lain dan meninggikan kualiti pendidikan negara. Selain daripada itu
matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani dapat di capai dari masa ke
semasa.
Rujukan
Diambil dari Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Perak
Diambil dari
Diambil dari portal Fakulti Ekonomi dan Pengurusanhttp://www.econ.upm.edu.my/~alias/MGM3161/SIMULASI.ppt
Diambil dari slideshare
Diambil dari
http://ftmk.utem.edu.my/zaki/VolumeII/PENULISAN%20DAN%20PENERBITAN/4.2/Prosiding/4.2.7.pdf
No comments:
Post a Comment